Agensi berita CNN mengemukakan permohonan maaf susulan insiden melakukan penggambaran di pusat asuhan kanak-kanak di Nong Bua Lamphu, Thailand yang menjadi lokasi tragedi berdarah pada Khamis lalu.
Dua wartawan CNN yang terlibat, seorang warga Australia dan seorang warga Britain turut didenda 5,000 baht dan telah meninggalkan negara itu selepas pihak berkuasa mendapati mereka menyalahgunakan visa pelancong.